Faktor Kenapa Vitamin Tak Berkesan.

 

Tindakbalas vitamin ke atas badan adalah berbeza di antara seorang individu dengan individu yang lain. Bagi mereka yang sudah dibiasakan dengan pengambilan vitamin, penyerapannya lebih mudah berbanding individu yang jarang-jarang sekali ambil vitamin. Oleh itu jangan cepat mengeluh jika sudah seminggu ambil vitamin tapi masih kekal dengan tabiat pemakanan lama, suka ‘junk food’, suka minuman bergas atau ais, rehat tak cukup, minum air sekadar hilang haus sahaja. Badan perlukan masa untuk membaiki tisu-tisu yang rosak, sebelum menghasilkan output sepatutnya.


Hakikatnya, pengambilan vitamin/ suplemen ini juga perlu istiqamah untuk memperolehi hasil yang optimum. Kita disarankan untuk mengambil vitamin secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian kerana sel kita hidup antara 90-120 hari.

Selain itu, perlu juga ambil tahu Do’s and Dont’s tatkala mengambil pemakanan tambahan ini. Walaupun sebenarnya tidaklah perlu pantang beria untuk makan vitamin ini, tapi, alangkah baiknya jika kita dapat ambil dengan cara yang terbaik, yang membantu badan kita untuk menyerap nutrien dari vitamin tersebut seoptimum mungkin, kan?
 
Berikut ialah beberapa faktor yang menyebabkan segelintir pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement harian mereka. Di antaranya ialah:

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.

Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.


2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.

Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.


3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.


4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.

Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.

Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

Tips Penting (buat ibu hamil yang mengalami low Hb):

(1) Makanlah sumber Iron (i.e. Shaklee Vita-Lea Iron Formula) bersama-sama sumber vitamin-C (i.e. Shaklee Vita-C 500mg), kerana vitamin C bantu penyerapan zat besi yang lebih optimum.

(2) Elakkan makan sumber Iron (i.e. Shaklee Vita-Lea Iron Formula) bersama-sama sumber kalsium (i.e Shaklee OsteMatrix, susu, keju) kerana kalsium akan mengganggu penyerapan zat besi secara optimum.

TIPS UNTUK IBU MENYUSU.

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!

Makanlah dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan. Hubungi pengedar jika anda inginkan jadual panduan makan dan bagi ibu menyusu panduan pengambilan vitamin yang betul untuk mempercepatkan penghasilan susuibu.

*Kredit: AnakkuWiraku.com

********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee ********************************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Cara Mengurus dan Menyimpan Perahan Susu Ibu

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu”

Dari terjemahan Surah Al-Baqarah: ayat 233

Susu Perahan Untuk Raudhah

Adalah menjadi kewajipan kepada ibu-ibu untuk menyusui bayinya dan menyempurnakan hak untuk menikmati penyusuan itu 🙂


Bekas yang Sesuai Digunakan:

  1. Botol kaca – terbaik namun mahal dan sukar dikendalikan terutama jika bayi dihantar ke nursery
  2. Botol susu biasa (BPA Free) yang tidak mempunyai gambar berwarna kerana warna dikhuatiri boleh bercampur dengan susu
  3. Bekas Dadih – Boleh digunapakai sebanyak 3 kali sahaja
  4. Plastik pakai buang yang dikhaskan untuk susu ibu.


Tempoh Hayat Susu Perahan:

 

1. Suhu Bilik

  • Bilik tak de aircond (suhu antara 25C – 37C) – tidak lebih 4 jam.

  • Bilik ade aircond (suhu antara 15C – 25C) – antara 6-8 jam, dimana suhu perlu stabil, maksudnye aircond sentiasa ‘on’ sepanjang masa.

2. Dalam Fridge/Freezer

  • Cooler bag/box – tahan antara 12 – 24 jam.
  • Peti sejuk 2 pintu – bahagian beku (suhu antara -18C – -20C), 3 bulan, bahagian pintu bawah ( suhu antara 0C – 4C), boleh tahan 3-7 hari (sebelum dibekukan) dan 24 jam (selepas dibekukan).
  • Peti sejuk 1 pintu – bahagian beku, 2 minggu
  • Deep Freezer – 6 bulan

Credit – Jadual Penyimpanan Susu Ibu


Kaedah Penyimpanan

  • Pastikan kuantiti mencukupi setiap kali penyusuan. Contohnya, jika bayi minum 2oz tiap kali penyusuan, letakkan susu sebanyak 2-3 oz bagi setiap bekas.
  • Simpan di dalam bekas yang bersih dan tertutup.
  • Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan dilakukan.
  • Simpan di dalam peti sejuk, di bahagian paling atas dan paling dalam peti sejuk bagi memastikan suhunya lebih stabil.
  • Jika susu ingin dibekukan, pastikan bekas tidak diisi terlalu penuh, maksudnye ada ruang untuk pembekuan susu berlaku.

Kaedah mencairkan susu ibu


Memanaskan susu ibu dengan air yang sangat panas akan memusnahkan nutrien dalam susu tersebut. Cara yang sesuai untuk mencair dan memanaskan susu ibu ialah dengan mencairkannya dengan perlahan2 di mana perubahan suhu tidak secara mendadak.


Susu yang dibekukan:

  1. Turunkan ke bahagian bawah (bahagian sejuk) di sebelah malam sebelum susu tersebut diberi kepada pengasuh
  2. Biarkan susu mencair dengan sendiri atau membiarkannya di bawah aliran air paip
  3. Panaskan susu dengan air suam


Salam sayang,


Berminat dengan pam susu dan barangan penyimpanan susu boleh hubungi saya di 0128844580 atau email saya di hasheena73@gmail.com
 
credit

Cegah Tersedak Susu

 

Penggunaan Botol Susu

  • Penggunaan botol susu yang bersih dan selamat adalah penting kerana botol susu adalah salah satu punca penyebaran kuman disebabkan ianya amat sukar untuk dibersihkan dengan sempurna.
  • Penggunaan botol susu hanya sesuai untuk pemberian cecair atau minuman seperti susu perahan ibu, susu formula, formula khas (rumusan khas) atau air kepada bayi (bayi berumur 6 bulan dan menyusu susu ibu sepenuhnya tidak perlu air kosong).
  • Tekstur makanan pepejal seperti bijirin atau separa pepejal seperti makanan yang dipuri (makanan dikisar bersama sup/kuah) tidak sesuai diberikan dengan menggunakan botol susu.
  • Sekiranya saiz lubang puting dibesarkan pula ia boleh menyebabkan bayi tercekik disebabkan pengaliran cecair atau susu yang cepat. 5 Langkah Pemberian Minuman/Susu/Susu Perahan Menggunakan Botol Susu

    Langkah 1 – Bersihkan Botol Susu

    Google.com
    • Kebersihan peralatan penyusuan adalah penting. Botol susu, puting susu dan penutup botol susu perlu dibersih dan disteril sebelum digunakan.
    • Basuh semua peralatan yang digunakan dalam penyediaan minuman/susu menggunakan sabun dan air bersih.
    • Bersihkan bahagian dalam dan luar botol serta puting menggunakan berus yang lembut dan bersesuaian.
Langkah 2 – Sterilkan Botol Susu
Google.com
  • Letakkan botol susu dan peralatannya yang etlah dibersihkan ke dalam periuk berisi air.
  • Pastikan bahawa botol susu dan peralatannya benar-benar tenggelam agar tiada gelembung udara yang terperangkap.
  • Rebus dalam tempoh 5-10 minit. Pastikan air tidak kering.

Google.com

Sterilisasi Komersial – Ikut arahan pengilang jika menggunakan alat sterilisasi stim, ketuhar gelombang mikro atau sterilisasi kimia.
Langkah 3 – Simpan Botol Susu dengan Betul

  • Untuk mengelakkan botol susu dan peralatannya tercemar.
  • Hanya keluarkan botol dari alat sterilisasi apabila diperlukan atau peralatan tersebut boleh disimpan di tempat yang bersih dan tertutup.
  • Elak menggunakan peralatan menyusu yang telah rosak.
  • Botol susu perlu diganti setiap 6 bulan sekiranya tiada calar.
  • Botol susu perlu diganti serta merta sekiranya terdapat calar.
Puting perlu diganti apabila :-
  1. Puting menjadi keras.
  2. Bentuk puting telah berubah
  3. Saiz lubang puting adalah lebih besar daripada saiz asal.
Credit.. dari google dan Romeo

**********************************************************************************
Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Risiko Bayi Dan Kanak-Kanak Minum Susu Formula

Dibandingkan dengan susu ibu, susu formula  hilang banyak perkara yang bayi perlukan untuk kuat, sihat dan cerdas.
Tahukah anda:
Bayi yang minum susu formula mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat:
  • Jangkitan telinga
  • Cirit-birit / sembelit
  • Pneumonia (radang paru-paru)
  • SIDS (Sudden Infant Death Syndrome) – Sindrom Kematian Bayi Mendadak

Kanak-kanak yang diberi susu formula mempunyai risiko yang lebih besar untuk:

  • Obesiti (menjadi gemuk)
  • Diabetes
  • Asma dan alergi
  • Kanser

Rujukan:

  1. How does formula compare to breastmilk?

Cedit Blog Dunia Susu Ibu

********************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse