Mengatasi masalah demam

Anak sering demam? Sakit demam lumrah kehidupan, tapi menjadi masalah untuk ibu bapa berkerjaya bila anak sering demam dan tak sihat.

Salah satu penyebab anak sering demam ialah berkait dengan sistem imunitinya. Sistem imun merupakan salah satu sistem paling sensitif dan kompleks dalam tubuh badan kita. Ia bekerja untuk menghapuskan bahan asing dan merbahaya dalam tubuh kita. Senang kata, sistem imun akan mengenalpasti bahan yang sememangnya ada dalam tubuh badan secara semula jadi dan bahan-bahan asing atau memudaratkan…. kemudian menghapuskan atau meneutralkan bahan asing itu. Semua perkara daripada pemulihan kepada kemerosotan yang disebabkan proses penuaan, hinggalah proses pemulihan daripada sesuatu penyakit, (walaupun cuma luka kecil), adalah bergantung kepada kecekapan sistem imun.

Sistem imun ni umpama tentera yang menjaga tubuh kita dari dirosakkan oleh elemen luar yang boleh menjadikan kita sakit. Apakah vitamin untuk tingkatkan imuniti terutama untuk atasi masalah anak sering demam ni? UNTUK KANAK-KANAK 1-3 TAHUN -> Mealshake & Omega Guard UNTUK KANAK-KANAK 4-12 TAHUN -> Vita C Chewable, Vitalea for Children, Mealshake, Omega, Nutriferon 12 TAHUN KE ATAS -> Nutriferon, B-Complex, Carotomax, Vita-C, Vita-E, Vitalea


Set nutrisi ini memastikan anak-anak kita menerima jumlah vitamin yang mencukupi untuk memelihara kesihatan selular, fungsi organ utama yang normal dan pengeluaran tenaga yang mencukupi agar tubuh badan dapat mengekalkan kesihatan optimum. Ia juga untuk menguatkan lagi mekanisma pertahanan tubuh badan terhadap bakteria, virus dan kulat, dengan kombinasi minyak ikan, b complex, dan antioksidan seperti Beta-Karotena, Vitamin C, Vitamin E serta juga selenium bagi membantu menguatkan lagi sistem imun tubuh badan anda dengan mengawal aktiviti radikal bebas yang merosakkan tubuh.

Bagi anak-anak yang kurang selera makan, mengalami sembelit, sering mengantuk juga sesuai untuk mengambil set ini. Ibu bapa yang prihatin tentunya mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Jangan sembarangan memberikan

Credit

********************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

By susuibu Posted in demam

Risau susu badan tak cukup??

Risau Susu Badan Tak Cukup

Soalan:

Hi Yan,
Baru explore blog u, seronok baca smbil hilangkan tension kerja
Sya ada baby hampir 4 bulan usianya. Berazam menyusukan anak secara eksklusif.

1) Berapa kali kita perlu memerah susu di tempat kerja?

Atas kesibukan tempat kerja dan meeting, saya memerah 2 kali sebelum lunch (11.30am) dan sebelum balik kerja (4.00pm). Hasilnya 2 botol penuh (5oz x 2) saya perolehi. Tapi hati bimbang bila anak semakin membesar dan Adakah cara saya betul? sebab rakan kerja bagitau kurang stimulasi akan mengurangkan pengeluaran susu. Jika cara saya salah, saya perlu bertindak untuk mengubahnya. Pohon nasihat

2) Bagaimana kita tahu keperluan anak cukup semasa dengan penjaga? Saya bekalkan 5 botol ebm dengan sukatan 3 oz. Kata penjaga takat nie cukup 3 oz tu cuma kadang2 tak cukup.

Terima kasih

Jawapan:

Pd yan breastfeeding ni satu aktiviti yg menyeronokkan sbb konsep die “ikut suka kita”...

Bila kita ltkkan satu jadual yg “rigid”.. kdg2 ada yg stress..n sebenarnya RISAU &&  STRESS merupakan menyebab utama susu jd sikit…

1. So apa yg sy cadangkan disini, if Suraya rasa susu tu cukup walaupun tak bnyk, cara tu dah memadai..
if rasa mcm tak cukup, bole ditambah satu lg masa mengepam, sekiranya tak mampu dekat opis, pam dlm kete on the way balik, ataupun bgn awal pg n pam sebelum g keje… dirumah bole jugak pam d deirect feed serentak.
Ingat, tak perlu risau2 utk dpt kuantiti yg bnyk tp mesti “CUKUP”….

2. nak tau cukup ke tak, as long as bby u sihat tak dehydrated..tak nagis2, tdo ok n hepi..so tandanya susu cukup..if u tak pasti kat bby sitter cukup tak, ajar dia utk direct feed bnyk2 kat umh..
mg berjaya ye,, tiada specific formula just perancangan yg betul bergantung kepada keadaan anak n situasi..yg pasti kene Pilih untuk hidup bahagia utk susu jd meriah..bg bby susu hepi bukan susu stress k.

Credit

Deangan pengambilan makanan yang seimbang serta pengambilan vitamin boleh membantu meningkatkan pengeluaran susu badan. Di shaklee mempunyai jawapan bagi ibu-ibu yang ingin menjayakan penyusuan susu ibu ini di syorkan untuk mengambil set B.

********************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Bagaimana jika sekiranya susu ibu tercemar

Jadi bagaimana Susu Ibu Boleh Tercemar?

Bekas dan peralatan yang digunakan berada dalam keadaan kotor.
Bekas dan peralatan yang digunakan terdedah dan terbiar terlalu lama.
Pengambilan ubat-ubatan (Kimoterapi, Heroin)

Jadi, secara rumusannya, bagaimana susu ibu boleh tercemar adalah berpunca dari cara kita mengendalikan susu ibu, baik dari mula menyediakan peralatan perahan susu sehingga ke simpanan susu.

Dynas pesan:
Pastikan kita sentiasa membersihkan tangan sebelum kita melakukan persediaan untuk sesi perahan. Berhati-hati menguruskan susu perahan, jangan sampai tercelup jari dalam susu, dikhuatiri ada bakteria. Namun, jika tercelup jangan dibuat kerana ada anti-bakteria dalam susu, masih selamat untuk digunakan. Jangan membazir…

Bagi Item No 3 – Ibu-ibu yang kurang sihat janganlah khuatir, ada ubat yang tidak memudaratkan. Berbincanglah dengan doktor anda dan pastikan anda beritahu doktor anda yang anda sedang menyusukan anak. Setiap cairan yang keluar dari tubuh akan ditapis oleh badan terlebih dahulu, jadi jumlah yang diexcrete ke susu ibu adalah dalam jumlah yang sangat kecil dan tidak memudaratkan.

Apa pula yang dikatakan “Susu Basi”?

“Susu Basi” hanyalah satu mitos. Susu ibu ini adalah sesuatu yang hidup, diperkaya dengan pro-biotic dan lactobasilus ada anti-viral, anti-bakteria dan anti-fungus. Di sebabkan itu jika di letakkan pada suhu bilik ia mampu bertahan sehingga 4-8 jam. – Dr Nur Ashikin

Susu ibu tidak akan bertukar menjadi keju walau berapa lama ia tersimpan dalam payudara. Apabila berlaku duktus tersumbat, susu yang dikeluarkan selepas itu selalunya lebih pekat namun ia tidak basi. – Tambah Pn Kamariah.

Macam editor majalah pula…namun penerangan tentang cara pengendalian susu ibu yang diperah tidaklah dibincangkan, cuma ada slot ringkas dari MLO tentang produk storage bag and bottle diselitkan sedikit bagaimana cara simpan susu dalam storage bag dan bagaimana kedudukan ice pack yang betul.

Bagi ibu-ibu yang bekerja jangan risau anda masih boleh tonton slot ini di TV3.com.my.

Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH

EBM = Expressed Breast Milk
Fresh EBM = Susu yg baru diperah
Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi hokey
Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku

BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI

bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
Bekas dadih – Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.

Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan lebel.
Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
Kuantiti susu yang diperah
Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK?
Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC – 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
Jika bilik ber-AC (15 oC – 25 oC), boleh sampai 6-8 jam

catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.

– picture from mama Muzfirah @ http://mom2muzz.blogspot.com/2009/12/storing-breast-milkthawing-frozen.html

FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu) – bahagian beku – 2 minggu

Peti Sejuk (2 pintu)
– bahagian beku (-18 hingga -20 °C) – 3 bulan
– pintu bawah (0- 4 °C)
(sebelum dibekukan) – 3-7 hari
(selepas dibekukan) – 24 jam
Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.

BEKAS PENYEJUK?

cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

PERINGATAN:
susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat
Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

Di Rumah

Simpan sebanyak yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku.
Susu yang disimpan dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.

JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.

Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.

Credit daripada iffah

********************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Susu Ibu melindungi bayi

Setiap bayi yang dilahirkan ke dunia ini tidak berupaya melindungi dirinya daripada sebarang penyakit.Sistem pertahanan badan bayi yang masih belum matang tidak mampu untuk melawan penyakit . Susu ibu mengandungi beberapa faktor anti infeksi yang akan membantu menghindarkan bayi daripada pelbagai jenis jangkitan kuman, antaranya termasuklah seperti yang berikut:

Laktoferin yang bergabung dengan zat besi (iron) bertujuan mencegah perebakan bakteria usus

Immunoglobulin (IgA) dan sel darah putih yang bertindak melawan kuman dalam badan. Kandungannya tinggi di dalam kolostrum. Kolostrum merupakan vaksin pertama yang perlu diberikan kepada bayi untuk melawan bakteria dan virus.

Protein, vitamin A dan E yang berfungsi untuk melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan penyakit mata.
Faktor bifidus yang berfungsi untuk membantu bakteria khas, iaitu laktobasilus untuk membiak di dalam usus bayi. Dengan adanya bakteria baik ini, bakteria tidak baik (patogenik) akan dihapuskan dan hal ini dapat menghindarkan bayi daripada mendapat penyakit.

Agen anti keradangan yang melindungi bayi daripada mendapat kesan keradangan yang teruk.

Antibodi ibu boleh diberikan kepada bayi melalui penyusuan susu ibu. Kajian yang dijalankan oleh Pusat Kawalan & Pencegahan Penyakit, Amerika Syarikat mendapati, bayi yang menyusu dengan susu ibu akan menerima antibodi daripada ibunya yang akan melindungi bayi tersebut daripada jangkitan kuman.

Faktor pembesaran seperti Selenium, karotenoid asli dan nukleotida boleh membantu perkembangan dan kematangan sistem imun bayi (sistem pertahanan badan). Kematangan sistem imun penting, supaya badanbayi berupaya untuk melawan kuman yang menjangkitinya.

Limfosit-limfosit dan makrofaj yang membantu melawan kuman yang masuk ke dalam badan bayi

‘Bile salt stimulated lipase’ yang berfungsi untuk melindungi bayi daripada jangkitan ameba

Protein, vitamin A dan E yang berfungsi untuk melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan penyakit mata.

Susu Ibu melindungi bayi






Selain melindungi daripada jangkitan kuman, penyusuan susu ibu secara eksklusif, boleh mengurangkan risiko penyakit alahan seperti lelah (asma) dan radang kulit (ekzema).

Risiko penyakit kencing manis atau diabetes melitus semasa remaja dan kegemukan juga akan berkurangan pada bayi yang diberikan susu ibu. Bahan laktosa yang terdapat dalam susu ibu boleh membantu mencegah penyakit riket .

Bayi yang menghisap susu ibunya jarang-jarang mengalami gejala seperti cirit-birit, jangkitan salur usus dan jangkitan salur pernafasan berbanding dengan bayi yang diberikan susu formula.

Kajian yang dijalankanoleh Pusat Pencegahan Malnutrisi Kanak-Kanak di Brazil, menunjukkan bahawa penyusuan susu ibu dapat mengelakkan kematian dan kemudaratan akibat cirit-birit pada bayi. Bayi yang tidak diberikan susu ibu mempunyai 25 kali ganda risiko kematian akibat cirit-birit berbanding dengan bayi yang menyusu susu ibu

Walaupun banyak produk susu formula di pasaran yang menawarkan perlindungan bayi terhadap jangkitan, namun ianya masih belum dapat menandingi kandungan khasiat yang terdapat dalam susu ibu.

Faktor pembesaran seperti Selenium, karotenoid asli dan nukleotida boleh membantu perkembangan dan Agen anti keradangan yang melindungi bayi daripada mendapat kesan keradangan yang teruk.

Limfosit-limfosit dan makrofaj yang membantu melawan kuman yang masuk ke dalam badan bayi

Protein, vitamin A dan E yang berfungsi untuk melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan penyakitiv)‘Bile salt stimulated lipase’ yang berfungsi untuk melindungi bayi daripada jangkitan ameba Laktoferin yang bergabung dengan zat besi (iron) bertujuan mencegah perebakan bakteria usus Susah hendak menyusu sebab susu semakin kurang…Jangan bimbang sebab sekarang ada banyak cara untuk kita meningkatkan pengeluaran susu disamping itu saya suka nyatakan yang pengeluaran susu ini bergantung kepada permintaan dan pengeluaran.. Semakin banyak kita menyusukan anak semakin meningkatkan pengeluaran susu.

Selain daripada memakan makanan yang boleh meningkatkan pengeluaran susu badan kita juga boleh mengambil vitamin.

Disini vitamin yang paling saya suka adalah vitamin shaklee set breastfeeding sebab selain daripada boleh memperbanyakkan susu badan, ia juga menjadi pekat dan menyebabkan anak saya syasha cepat kenyang.

Disini saya sarankan vitamin shaklee sebab ia mengandungi:

a) Vita-Lea Iron Formula / Multivitamin

Dilengkapi dengan kesemua vitamin beserta zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak…contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lainnya Vitalea. Vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lagi…Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.


b)  B Complex


Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)…so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan B Complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susu ibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan 


d) Alfalfa
Vitamin C ke 2 biji sehari …dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet / luka / berdarah, insya Allah akan mudah sembuh…satu lg kesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu. Ia turut membantu perkumuhan (lebih lawas) dan membuang angin dalam badan…secara automatik kesan baik pada bayi..susah nak kena kembung.

Sekiranya anda berminat terutama mereka yang berada di Sarikei,Sibu atau dimana jua anda berada hubungi saya di 012-8844580 atau email saya di hasheena73@gmail.com. Sekiranya anda berada berdekatan dengan cawangan shaklee anda boleh menggunakan id saya 869586. Saya akan memberi konsultasi secara percuma walau dimana anda berada.

********************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Menyusukan Bayi Untuk Mereka Yang Baru Bergelar Ibu

Cuba meletakkan bayi di dada secepat mungkin selepas kelahiran. Sebaik-baiknya, ini akan berlaku betul dalam bilik bersalin. Pastikan pengamal anda akan membenarkan anda merawat dalam kelahiran atau bilik bersalin jika semua pergi normal.

•Hanya minit bayi-bayi lama akan sering memanjat ke atas kepada dada dari abdomen ibu , dan memulakan menyusukan semua oleh diri mereka. Pembinaan ini boleh mengambil kepada sejam atau lebih panjang, tetapi ibu dan bayi seharusnya diberikan kali ini bersama mula belajar mengenai satu sama lain. Bayi-bayi yang “diri melampirkan” merempuh jauh lebih sedikit menyusukan masalah-masalah. Kulit ini untuk sentuhan kulit juga akan membantu mengekalkan budak itu panas.

•Cuba dapatkan beberapa bantuan profesional, seperti pakar penyusuan. Di hospital, anda boleh meminta jika pakar runding laktasi atau seorang jururawat yang berilmu tentang menyusukan boleh mencerap teknik anda. Jika anda membiarkan hospital sebelum menerima mana-mana bimbingan, memastikan yang seseorang dengan menyusukan kepakaran menilai teknik anda.

•Kalau boleh, cuba tinggal dalam bilik yang sama dengan bayi anda.

•Menghadkan pelawat-pelawat membenarkan lebih banyak peluang-peluang kejururawatan. Ini mungkin bermaksud pengehad melawat keistimewaan-keistimewaan mulanya kepada hanya pasangan anda. Ini mungkin lebih baik bagaimanapun , sejak ia membenarkan tiga daripada anda untuk bon serta-merta.

•Ibu-ibu dan bayi-bayi belajar bagaimana untuk tidur lewat ritma sama. Maka, apabila bayi itu bermula terjaga untuk satu makanan, ibu juga akan bermula bangun secara semula jadi. Bayi menunjukkan lama sebelum dia mula menangis yang dia bersedia memberi makan. Pernafasannya boleh mengubah, misalnya. Atau dia boleh mulakan meregangkan. Ibu, berada dalam tidur-tidur ayam, akan menyedarkan, susunya akan bermula mengalir dan bayi tenang akan berpuas hati merawat.

•Seorang bayi yang telah menangis untuk seketika sebelum cuba mengacu dada boleh enggan ambil dada sekalipun dia rakus. Ibu-ibu dan bayi-bayi sepatutnya didorong untuk tidur berganding bahu di hospital. Ini ialah satu cara yang hebat untuk ibu-ibu berehat manakala jururawat-jururawat bayi. Menyusukan boleh merehatkan, bukan meletihkan.

•Kalau boleh, berusaha tidak menggunakan puting-puting tiruan.
•Bayi-bayi akan mengambil apa-apa cara memberi mereka satu aliran deras bendalir dan boleh enggan lainnya yang tidak. Maka, dalam beberapa hari pertama, apabila ibu mengeluarkan hanya sedikit susu dan bayi mendapat sebiji botol di mana dia mendapat aliran deras, dia akan cenderung untuk suka kaedah aliran deras. Hanya kerana seorang bayi akan “ambil kedua-dua” tidak bermakna yang kaedah semulajadi tidak lebih menguntungkan.

•Jururawat atas tuntutan, sehingga dua belas memberi makan satu hari. Ini akan terus bayi anda gembira dan akan meningkatkan bekalan susu anda bertemu permintaan sambil ia tumbuh. Juga , jangan biarkan bayi anda terus tidur satu penyuapan. Jika tiga jam sudah berlalu sejak bayi baru lahir anda lepas makan, maka itu adalah masa bangun dia naik.

•Jururawat untuk sebagai panjang

Credit….

********************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Ibu dan Simanja

SAAT-SAAT AWAL KELAHIRAN

Pada awal kelahiran ini pasti masa yang amat berharga buat si ibu dan si ayah. Ketika inilah air mata kegembiraan berlinangan tanda syukur pada Yang Maha Esa kerana telah memberi seorang zuriat yang ditunggu-tunggu selama ini. Apatah lagi si manja yang lahir itu anak pertama. Alangakah gembira yang tidak terhingga semua ahli keluarga.

Ibu doakan kepada ibu-ibu yang bakal melahirkan
anak, semoga anda semua mendapat apa sahaja yang diidamkan
dan jangan lupa kepada yang memberikannya.

Selesai sahaja kegembiraan disambut, perkara pertama yang harus dilakukan oleh si ibu adalah menyusukan anaknya dengan susu ibu. Di sini ibu sarankan kepada semua ibu-ibu supaya menyusu si manja anda dengan susu ibu. Susu ibu adalah susu terbaik untu si manja anda. Susu ibu dapat mengeratkan kasih sayang di antara anda dan si manja – ikatan yang berkekalan sepanjang hayat. Ia juga membantu si manja menjadi lebih sihat dan pintar. Alhamdulillah semua anak-anakibu, ibu bekalkan dengan susu ibu dari lahir sampai diorang sendiri dah tak nak.

FAEDAH PENYUSUAN ANAK
Susu ibu merupakan makanan terbaik untuk kanak-kanak. Ia mengandungi kesemua nutrien dalam jumlah yang sesuai dan kandungannya berubah mengikut keperluan tumbesaran kanak-kanak.
Dengan susu ibu, ia dapat mencegah pelbai penyakit kepada si manja anda. Susu ibu dapat melindungi si manja daripada terkena kuning, cirit-birit, demam selsema, asma, dan lain-lain.
Susu ibu juga akan menjadikan si manja anak pintar dan cergas.
Apabila anda menyusukan anak anda dengan susu ibu, dengan sendirinya hubungan anda dengan si manja lebih akrab. Susu ibu juga dapat mengeratkan lagi kasih sayang di antara ibu dan si manja.
Ia juga dapat mengurangkan kos perbelanjaan susu kerana free je..tak payah bayar..lagipun mudah untuk ibu-ibu pergi ke hulu ke hilir, tak payah nak susah-susah bawa air panas, air masak, dan susu. Ibu yang susah sikit big al, sebab dia sendiri tak nak minum, sebualan je minum susu ibu. Abang2 ngan kakak dia semua berhenti susu sendiri.

What’s in Breast Milk
Bagi bayi, susu ibu adalah makanan terbaik dan paling lengkap. Salah satu khasiat istimewa dalam susu ibu ialah alfa-laktalbumin, yang juga dikenali sebagai alfa-protein.
Ada dua kategori protein susu dalam susu ibu – protein wei & kasein.

Berlainan dengan susu lembu yang mengandungi sebahagian besar protein kasein
(20% wei berbanding 80% kasein), susu ibu mengandungi lebih banyak wei
(60% wei berbanding 40% kasein). Alfa protein adalah komponen protein wei utama yang ditemui dalam susu ibu.

Beta-laktoglobulin adalah salah satu komponen protein wei, yang mungkin merupakan pemangkin reaksi alahan pada kanak-kanak. Protein ini kebiasaannya tidak wujud dalam susu ibu. Alfa-laktalbumin (Alfa-protein) adalah protein yang wujud dalam susu semua jenis mamalia. Dalam susu ibu, ia merupakan komponen utama protein wei dan membentuk 25-35% daripada jumlah protein. Ia juga merupakan sumber asid amino dan kaya dengan triptofan dan sisteina.

Susu ibu mengandungi kandungan triptofan dan sisteina dalam kepekatan yang lebih tinggi kerana nisbah wei terhadap kasein yang tinggi berbanding dengan susu ibu.

Memahami Mata Si Manja
Bayi yang baru lahir lebih mudah terganggu berbanding mata orang dewasa. Liang air mata dan refleks air mata bayi masih belum berkembang sepenuhnya semasa lahir dan hanya terbentuk selepas enam minggu bayi di lahirkan. Ini menjadikan mereka kurang berupaya mengeluarkan air mata untuk mengeluarkan gangguan bendasing.

Mata kanak-kanak mudah terdedah kepada kerosakan terutamanya oleh cahaya biru yang tidak ditapis oleh kornea mata sebelum ia sampai ke retina belakang mata.

Perasaan paling best masa dia pandang kita, kita dapat rasa kasih sayang dalam dirinya pada kita n dia pun same dapat rasa kita kasih ke dia. Masa ni, cara dia berbual dengan kita adalah melalui matanya. Ibu suka sangat tengok gaya mata anak-anak.. kelakar sangat. Adik suka kedip mata, Kakak, dia suka buat mata juling, Abang pulak suka bulatkan mata, Big Al suka pejam mata, siap mimik muka macam orang makan asam lagi… pah tu dia suka ha..ha.. macam2 lagilah. Tapi, tulah penghibur di kala suka n duka..betul tak? Cara diorang nak ambil hati kitalah katakan…

# Oleh itu, bagi para ibu di luar sana hendaklah memilih produk penjagaan bayi yang baik dan bermutu bukan lihat pada hargannya semata-mata. Ibu kebiasaannya menggunakan jenama SUDZY yang ibu amat pasti kualiti, harga yang berpatutan dan yang paling penting selamat untuk bayi. Sabun Badan dan Syampo SUDZY amat sesuai untuk si manja kerana ia menjaga si manja dengan sempurna.. baunya yang wangi, tidak memedihkan mata dan yang bagus sekali si manja jadi tertarik untuk mandi dengan senang.

P/S: “ Jaga-jaga dengan bahan kimia dalam produk yang anda guna “

Credit

********************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Kenapa Dia Suka Hisap Ibu Hisap Ibu Jari?

Mama syasha ni suka sangat baca majalah Pa &Ma..banyak perkara yang baru kita boleh pelajari daripada majalah ini dan dibawah ini adalah artikel yang dipetik daripada majalah pa & ma.
Hisap jari adalah perlakuan biasa bagi kanak-kanak kecil. Perlakuan ini dapat memberi keselesaan dan rasa selamat kepada diri kanak-kanak itu. Namun ia boleh menjadi tabiat jika tidak dikawal.
Ada yang mengatakan bahawa sebahagian sahaja kanak-kanak kecil yang hisap ibu jari. Namun fakta menjelaskan bahawa semua kanak-kanak melakukannya! Keadaan ini membimbangkan ibu bapa kerana tabiat ini jika dibiarkan berterusan akan merosakkan gigi. Ibu bapa juga perlu tahu bahawa perilaku ini terbentuk secara semula jadi kepada seorang kanak-kanak kecil sama ada kerana lapar, mencari keselesaan, atau hanya ingin tahu mengenai anggota badannya. Jangan tarik ibu jarinya daripada mulutnya jika setiap masa dia melakukan tabiat itu. Tindakan ini tidak betul. Apa yang perlu, ibu bapa harus ingat bahawa tabiat ini akan beransur hilang apabila bayi mencapai usia tiga hingga enam tahun.
KelaparanAlasan lain hisap jari ialah apabila seorang kanak-kanak kecil telah selesai menyusu susu formula atau penyusuan ibu. Dia secara beransur-ansur akan menukarkan kepada jarinya. Ada pakar menyebut bahawa kanak-akan kecil yang diberi susu setiap tiga jam tidak akan menghisap ibu jari mereka berbanding yang diberi setiap empat jam.
Bagaimanapun, ada sesetengah anak kecil telah mula menghisap ibu jari mereka selepas ibu melahirkannya. Malah ada juga semasa dalam rahim.
Hisap jari juga bukan untuk mendapat perhatian jika dia melakukannya dalam beberapa waktu sebelum waktu makan. Ia bersikap begitu kerana dia lapar.
Namun jika selepas makan, masih menghisap ibu jari, ia petanda anda perlu menghentikan tabiat itu. Ingat, perilaku ini perlu segera dikawal sebelum ia berubah menjadi tabiat.
Menghisap puting Secara umumnya bayi yang menyusu susu ibu kurang menghisap ibu jari mereka. Ini kerana biasanya bayi akan menghisap puting payu dara ibu sehingga puas. Biarpun usianya sudah meningkat dua tahun dan payu dara ibu sudah tidak bersusu, dia tetap akan mencari puting payu dara.
Proses ini akan berlangsung antara 5 atau 6 minit sahaja dan ia sekadar untuk menghisap main-main sahaja atau sekadar melepas rasa “gian”.
Mengurangkan PenyusuanApabila bayi ini semakin besar, secara semula jadi dia tidak memerlukan penyusuan secara kerap. Bagaimanapun, jika dia masih mempunyai satu tabiat hisap ibu jarinya, anda perlu berfikir mempertimbangkan sama ada mahu meningkatkan jumlah penyusuan atau tidak. Secara amnya bayi perlu meneruskan untuk tumbesarannya.
Enam Bulan Masih Hisap Ibu JariKanak-kanak kecil mempunyai satu desakan naluri untuk menghisap, tetapi desakan ini biasanya menurun secara semula jadi apabila usia tiga atau empat bulan. Jika anak kecil anda menghisap ibu jarinya biasanya melebihi umur ini, dia melakukannya untuk mencari keselesaan. Kanak-kanak sebegini dilihat sebagai seorang yang pendiam dan mudah kecewa dan sebagai jalan keluar dia akan melakukan tabiat itu.
Tumbuh GigiBayi yang tumbuh gigi mempunyai satu tabiat menghisap ibu jari, jari atau tangan. Ini mungkin membantu melegakan tekanan dari gusi mereka. Ibu bapa harus cuba untuk tidak keliru dalam hal ini dengan tabiat hisap jari. Bayi yang mempunyai tabiat menghisap ibu jarinya, mungkin akan meneruskan tabiatnya walaupun dia sudah tumbuh gigi. Namun, lama-lama kelamaan tabiat itu akan hilang bila dia mula bersosial dan meneroka persekitarannya dengan lebih luas. 
Kesan Negatif Hisap JariMenurut sebuah artikel yang dipetik daripada laman web Sihatselalu.com, kanak-kanak berusia bawah 6 tahun lebih berisiko tinggi bila menghisap jari atau puting botol kerana pembesaran bahagian mulut dan rahang mereka amat aktif.
Apabila ada tekanan di lelangit, gigi dan rahang, ia dengan mudah mengubah bentuk asal bahagian mulut.
Banyak kajian pakar ortodontik mendapati amalan menghisap jari dan puting menjadi faktor utama perubahan struktur rahang dan gigi. Selain suka menghisap jari, gigi berlapis, bentuk gigi yang abnormal dan kehilangan gigi akibat rosak atau kemalangan juga menjadi faktor kepada pembentukan gigi jongang. Untuk mengikuti lebih lanjut tentang masalah jongang ini, ikuti kupasan lanjut bulan hadapan.
Tip Mudah
1. Jangan membuat anak anda berasa selesa apabila dia hisap ibu jarinya.
2. Jangan berleter kepada anak anda.
3. Cuba sibukkan dia dengan satu permainan apabila beliau mula mahu menghisap ibu jarinya.
4. Bina keyakinan kepadanya.
5. Jangan tarik ibu jarinya kerana dia cenderung untuk meneruskan tabiat itu.

********************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

KENAPA SUSU SAYA SIKIT WALAUPUN SAYA MASIH DALAM PANTANG


Mama nak bercerita lagi tentang masalah penyusuan yang sering di utarakan terutamanya bagi ibu – ibu yang pertama kali melahirkan bayi. Bagi sesiapa yang mengikuti coretan mama sebelum ni berkenaan dengan penyusuan tentunya anda tahu konsep asas penyusuan. 
Perlu diingatkan..lebih kerap kita menyusukan anak kita..lebih banyak susu kita dapat dihasilkan. Kenapa jadi macam tu??

Contoh : Masalah seorang ibu.
“saya masih dalam pantang, tapi susu saya tak banyak..anak pula asyik nak mengempeng je..hampir setiap jam nak susu, siang malam pagi petang. Bila saya bagi susu formula waktu malam, baru dia tidur lena” 

Persoalannye..adakah betul tindakan ibu tersebut??
SOALAN :
1. KENAPA BAYI ASYIK NAK MENGEMPENG?
2. KENAPA BILA BAGI SUSU FORMULA BARU TIDUR LENA?
3. KENAPA SUSU SIKIT?

JAWAPAN :
1. Adalah biasa bagi bayi yang baru lahir kerap menghisap susu. Kadar purata bagi bayi baru lahir, terutama yang masih dalam pantang atau 3 bulan pertama ialah setiap 2 jam sekali.

2. Ini terjadi kerana, susu ibu sangat mudah hadam dan ia akan membuat bayi cepat lapar dan tidak akan menyebabkan masalah sembelit dan lain – lain penyakit. Susu formula tidak mudah hadam..ia memerlukan masa yang lama untuk dihadam dalam perut bayi. 

3. Susu dihasilakan daripada hormon dan otak memainkan peranan penting dalam penghasilan susu tersebut. Bila ibu tersebut kurang menyusukan bayi, maka otak akan menghantar isyarat dan mengatakan bahawa tiada permintaan.

Selain itu cuba perhatikan juga.
Kencing dan najis bayi


Secara logiknya, kalau intake ada, sure output pun ada kan. So kalau bayi anda ada kencing dan berak..tentunya dia cukup minum dan susu anda cukup untuk anak anda. Lagi pun bayi baru lahir, sikit je dia minum.

pembuangan air kencing: 6-8 kali dalam tempoh 24jam 
pembuangan air besar : 3-8 kali dalam tempoh 24jam (semakin berkurang bila usia meningkat) tidak cair, tidak berketul dan berwarna kuning keemasan

Pelekapan tidak sempurna menyebabkan bayi tidak mendapat susu yang secukupnya. Dan ini menyebabkan payudara tidak dikosongkan dengan efektif.. apabila payudara tidak dikosongkan, maka hormon FIL (feedback inhibitor of Lactation) akan bertindak dan menyebabkan kurang susu.

Pertumbuhan bayi dan fizikal bayi.


Berat bayi bertambah dari minggu ke minggu dan meningkat bulan ke bulan, biasanya selepas lahir bayi akan hilang berat badan sebanyak 7% dan mula bertambah semula apabila mencecah usia 6-10 hari. So jangan risau. Berat bayi akan bertambah 100-200g setiap minggu dalam 6 bulan pertama, 85-140g antara 6 bulan – 1 tahun. Berat bayi berganda pada usia 6 bulan, dan 3x ganda pada usia 1tahun.

Kalau bayi anda sihat, ceria, muka tidak pucat, kulit bersih dan sihat, InsyaAllah, susu anda cukup untuk anak anda.
Cuma mungkin ada beberapa ketika bayi anda secara tiba – tiba menangis, tiba – tiba kuat menyusu dari biasa dan kelihatan tidak selesa..itu juga normal. Mungkin bayi anda mengalami Growth Spurt. 
Paling penting ibu kena bertenang dan jangan stress. Lagi satu, biasanya kalau berpantang dengan orang tua..mereka sering menyuruh anda memberi bayi air masak kan?? Tolong jangan beri apa – apa sahaja air! melainkan susu ibu. Susu ibu mengandungi 80% air, so bayi anda tidak akan sembelit. Susu ibu juga mengandungi fore milk dan hind milk.

Jika bayi kelihatan meragam dan tidak puas hati, dia mungkin tidak menerima susu yang kaya dan berkrim dihujung penyusuan. Susu ini dipanggil ‘susu akhir’. Cara terbaik untuk memperbetulkan masalah ini ialah dengan memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu. Cara ini dapat memastikan yang bayi menerima semua peringkat susu iibu berikut:

susu pertama (foremilk) 

kelihatan seperti air biasa bertujuan untuk menghilangkan dahaga.

susu pertengahan
mengandungi lebih khasiat protein.

susu akhir (hind milk) 
kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak. Bayi memerlukan susu ini untuk membolehkan berat badannya meningkat. Cara ini baik untuk membantu bayi yang kurang berat badan menambah berat badannya.


Credit dari Mama Dilla

********************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Kesuburan – tingkatkan peluang kehamilan

Kesuburan – atasi masalah kesuburan & tingkatkan peluang kehamilan.

Saya suka beli Majalah Pa & Ma sebab dalam majalah ni banyak info berguna bukan sahaja tentang bayi tetapi juga tentang topik2 hangat seperti masalah sakit puan, pemakanan, kesihatan suami isteri, kisah kemasyarakatan dan sebagainya. Dalam isu November 2011 baru2 ni, topik yang menarik adalah berkenaan dengan kesuburan & kehamilan. Saya percaya setiap pasangan selepas mendirikan rumah tangga perkara yang paling diingini adalah menimang cahaya mata. Kadang-kadang tekanan mungkin akan timbul apabila saban tahun zuriat yang ditunggu masih tidak kunjung tiba. Ditambah lagi dengan orang2 disekelilling asyik bertanya “dah berisi ke belum” pasti akan menambah lagi tekanan. Di sini saya kongsikan pembacaan saya dan cadangan suplemen yang boleh diambil setiap pasangan untuk meningkatkan lagi peluang untuk kehamilan. Perkara ini bukan sahaja perlu diambil berat oleh sang isteri tetapi sang suami juga harus bekerjasama & perlu membaca artikel ini sehingga habis..
Secara umumnya, kesuburan seseorang wanita itu berkait dengan kemampuannya mengeluarkan telur. Telur akan keluar sekali dalam tempoh satu pusingan haid. Waktu telur dikeluarkan dikenali sebagai waktu subur. Seseorang wanita boleh tahu waktu suburnya dengan cara melihat pusingan haid mereka sendiri. Bagi wanita yang mempunyai pusingan haid teratur, pengeluaran telur biasanya akan berlaku pada hari ke-13 atau 14 (dikira dari hari pertama darah haid keluar). Oleh yang demikian pasangan yang inginkan cahaya mata disarankan melakukan hubungan kelamin pada waktu tersebut.
Bagi lelaki, masalah ketidaksuburan selalunya dikaitkan dengan sperma yang tidak normal, jangka hayat sperma terlalu singkat atau terdapat masalah ejakulasi. Ketidaknormalan ini berlaku disebabkan beberapa faktor :
  • Keradangan pada testis
  • Masalah pembengkakan salur darah testis
  • Pengambilan alcohol, dadah & merokok
  • Hormon yang tidak normal
  • Terdedah kepada bahan kimia beracun
  • Saluran testis tersumbat akibat jangkitana kuman
  • Pemakaian seluar dalam yang terlalu ketat.
Walaupun wujud pelbagai masalah berkaitan kesuburan tetapi ini bukanlah titik noktah  kepada pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata. Ikuti tips di bawah untuk meningkatkan peratusan kesuburan anda dan pasangan.
TIP KESUBURAN LELAKI
Betik tingkatkan kesuburan – buah betik yang kaya dengan vitamin c dan merupakan antioksidan yang baik untuk tubuh badan. Pada masa yang sama, buah ini juga dikatakan mampu meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan ketidaksuburan sperma. Mengambil sebanyak 500 miligram vitamin C setiap hari penting bagi lelaki dewasa.
Berhenti merokok – merokok sememangnya berbahaya. Selain daripada merosakkan paru-paru, merokok boleh merosakkan membran sperma dan mempengaruhi kemampuan sperma untuk mencapai sel telur
Banyak pengambilan zink – Zink dikatakan mampu mengaktifkan sperma. Walaubagaimanapun jumlah zink yang diambil janganlah melebihi 30mg sehari. Makanan sumber zink ialah daging merah, bijirin dan kekacang, makanan laut dan produk tenusu.
Pakai seluar longgar – pemakaian seluar loanggar dapat memastikan suhu alat kelamin terkawal iaitu tidak terlalu panas agar mampu meningkatkan pengeluaran sperma.
Kebersihan makanan – pengambilan buah-buahan dan sayuran segara sangat digalakkan. Akan tetapi, anda perlulah pastikan buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut dibersihkan sebelum kana. Hal ini adalah racun serangga yang digunakan untuk mengawal serangan makhluk perosak pada sayur-sayuran dan buah-burahan boleh menjejaskan tahap kesuburan seseorang itu.
Minum banyak air kosong – pengambilan air kosong sebanyak kira-kira dua liter sehari dikatakan boleh meningkatkan kesuburan dan kesihatan sperma.
TIPS KESUBURAN WANITA
Jaga pemakanan – elakkan pengambilan sestengah jenis makan dan minuman seperti makanan ringan, jeruk, makanan segera, minuman beralkohol dan minuman berkarbonat.
Kawal berat badan – berusahalah untuk mendapatkan berat badan yang seimbang. Obesiti boleh mengganggu proses pengeluaran telur.
Amalkan senaman berkala – bersenamlah secara tetap dan teratur. Senaman bukan sahaja menyihatkan anda tetapi juga membantu mengekalkan berat badan.
Berhati-hati mengambil ubat – ketauhilah bahawa kebanyakan ubat seperti ubat anti kemuruangan, pil tahan sakit dan antibiotik boleh memberi kesan terhadap kesuburan anda. Oleh itu, hanya ambil ubat yang disarankan oleh doktor sahaja.
Periksa rahim anda – masalah dalam rahim seperti endometriosis, fibroid atau cyst boleh menjejaskan peluang untuk hamil. Jadi, penting bagi anda mengetahui keadaan rahim sendiri.
Sekiranya berkemampuan, suami isteri boleh mencuba untuk mengambil suplemen daripada SHAKLEE seperti:
SUAMI
  • ESP
  • Vitalea (Multi vitamin)
  • B complex
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Zinc
ISTERI
  • ESP
  • Vitalea (Multi vitamin
  • B complex
  • Vitamin C
  • Alfalfa
  • GLA
Kebaikan Vitamin :
Vitalea @ multivitamin – suami isteri harus melengkapkan diri mereka dengan multivitamin & multimineral bagi memastikan kesihatan kita berada di tahap optimum. Mangan & magnesium di dalam vita-lea boleh membantu ereksi kepada si suami.
B-complex – membekalkan semua jenis vitamin B untuk keperluan badan. Pengambilan asid folik (tergolong dalam keluarga vitamin B) harus di ambil sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum merancang untuk mengandung.
Vitamin C- menghasilkan sperma yang sihat utk bekerjasama dengan ovum.
Vitamin E with Selenium – bekerja bersama vitamin c sebagai anti –oksidan dan melindungi kualiti sperma.
Zinc – meningkat hormon testosteron  & bilangan sperma yang aktif
Alfafa & GLA – membantu masalah pusingan haid, keputihan dan masalah kewanitaan
ESP (Energising soy protein) – membekalkan kandungan protein yang secukupnya kepada suami isteri

Kalau nak cuba mungkin terlalu banyak suplemen yang perlu di ambil, tetapi bagi mereka yang ingi mencuba boleh mengambil yang asas tanpa ESP iaitu vitamin B,C,E, Zink, Vitalea & Alfafa

Doa Nabi Zakaria a.s. boleh diamal untuk memohon kepada Allah supaya dipermudahkan untuk mendapatkan zuriat.

Surah Al-Anbiya:21:89
رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
الأنبياء/89
“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik Yang mewarisi.”(Al-Anbia’:89)
kepada yang berminat untuk dapatkan set trial pack dengan tawaran harga yang menarik dan konsultasi, hubungi saya di 012-8844580 atau email hasheena73@gmail.com
Credit dari kak sue

********************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Breastfeeding and Brain Development

.fullpost{display:inline;}


by Assoc. Prof. Dr Poh Bee Koon

Milk is the main source of nutrition for all babies, and the milk produced by mothers has is tailored specially to the newborn’s needs.

Breast milk contains just the right balance of nutrients, such as fats, proteins, lactose, vitamins, minerals and water for newborns. These provide the optimal nutritional, immunological, and emotional nurturing for an infant to grow and develop. Thus, it comes as no surprise that the WHO and UNICEF identify it as the ‘gold-standard’ in infant nutrition.

Most importantly, breast milk also plays a key role in children’s brain development. It is rich in omega-3 and omega-6 fatty acids (DHA and AA), taurine, choline, zinc, and many other nutrients that support this process. While it cannot be guaranteed that breast milk will turn your newborn into the next Einstein, it can be guaranteed that it will help your infant’s brain achieve its maximum potential. But how sure are we that breast milk is the way to go?

Children’s Intellingence The relationship between breastfeeding and children’s intelligence has definitely generated much research interest. The literature is extensive, and numerous studies have indeed proven the link between breastfeeding and positive neuro-developmental gains. The following studies and conclusions are a few of many that clearly support this association.


1. Breast milk and subsequent intelligence quotient in children born pre-term by Lucas, A et. al, Lancet (1992).

Higher IQ : This study was the first to discover that in children who were born pre-term, those who had consumed breast milk in their early weeks of life had, on average, an 8.3-point advantage in IQ compared to other children. The advantages in IQ were maintained even after the researchers compared children with the same maternal education levels and social class.

2. Duration of breastfeeding and developmental milestones during the latter half of infancy by Vestergaard, M et al, Acta Pediatrica (1999).

Mastery of developmental milestones : 3 developmental milestones related to general and fine motor skills and early language development were assessed in 1,656 healthy infants at 6 months of age. Results showed that the longer a child was breastfed, the quicker she mastered specific developmental milestones.

3. Breastfeeding and child cognitive development by Kramer, MS et. al, Archives of General Psychiatry (2008).

Improved cognitive and academic performance : This randomised trial is the largest to date, with more than 15,000 healthy breastfeeding infants involved. Results showed prolonged and exclusive breastfeeding produced children with better cognitive development and academic achievement.


Brain Food From the Breast
A baby’s brain develops rapidly in the first few years of life, and it is important to support this process with a good balance of ‘brain-building’ nutrients. As breast milk conveniently contains these, it is very important to provide your baby with breast milk right from the start and to continue at least until she is 2 years of age.

So, what are the ‘brain-building’ nutrients in breast milk that make it so important?

* Fatty acids – The cells in the brain are largely made from a group of long-chained polyunsaturated fatty acids called DHA (docosahexaenoic acid) and AA (arachidonic acid). These fatty acids support the information processing and transmission that occurs in the brain.

However, DHA and AA are not readily found in the human body, and neither are the fatty acids required to synthesize them, namely, alpha-linolenic acid (ALA) and linoleic acid (LA). These fatty acids can only be obtained from a person’s diet, and breast milk contains one of the highest levels of these fatty acids (derived from a single source).

*Phospholipids – Effective transmission of information among neurons in the brain is dependent on the myelination of neurons, i.e. the coating of each with a layer of fat (myelin) that speeds up transmission. Cholesterol, which is found in high concentrations in breast milk, is also necessary for this process.

*Taurine – Taurine plays an important role in the development of the brain and eyes. Specifically, taurine plays a role in the synthesis of brain neuro-transmitters that are important for nerve communication. However, the body is unable to synthesize this amino acid, so its presence in breast milk is very significant.

*Choline – The roles that choline plays in the development and functioning of the brain are many. It is needed for the synthesis of phospholipids, transmission of information between brain cells, and also improves memory. In fact, when cells are deprived of this nutrient, they are programmed to die in a process called apoptosis.

*Zinc – Zinc supports cell division and growth. Additionally, zinc has been credited as the nutrient that protects cells in the brain and central nervous system due to its antioxidant properties.


Disease-Fighting Substances
Breast milk also has various kinds of disease-fighting substances, including antibodies, which help protect your child’s body against harmful infections.

Breast milk also has antioxidants that protect babies against allergies. The healthier your child is, the more she will be able to develop into the intelligent young adult that she can be.

The body of research has conclusively shown that breastfeeding does indeed play a crucial role in the development of babies’ brains, not only due to its nutritional content, but also through the bonding that occurs during breastfeeding.

Well-balanced Diet
However, breastfeeding alone can not sustain your child’s development past 6 months due to their rapid growth. Continue feeding your baby’s brain by providing her with a well-balanced diet beyond her breastfeeding days.

Remember, no single nutrient can support your child’s growth and brain development. A combination of a wide range of nutrients must work in concert to help your child fulfil her optimal potential.

Credit: Sihat selalu

********************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse