Cara Mudah Hilangkan Stretch Marks Selepas Bersalin

Proses mengandung dan bersalin memang merupakan detik terindah dalam hidup seorang wanita. Namun, kesan yang ditinggalkan merupakan igauan ngeri. Ya, stretch mark atau tanda regangan!

Stretch marks marks merupakan tanda parut berupa urat-urat putih yang muncul pada permukaan kulit dan biasanya muncul pada bahagian perut, lengan, pinggul, paha, punggung dan juga payudara.

Stretch mark terjadi adalah disebabkan oleh pengaruh hormon kehamilan, yang mana ianya terbentuk apabila terjadi regangan kulit secara cepat hingga merosakkan jaringan tisu-tisu kulit sehingga kulit mengalami regangan secara berlebihan.

Bagi wanita hamil, stretch marks yang muncul biasanya berwarna merah jambu dan agak lebar, lama kelamaan ia berubah menjadi garis nipis berwarna keputihan atau kecoklatan. Selain faktor kehamilan, masalah ini juga terjadi akibat perubahan berat badan secara mendadak selain pengaruh ubat seperti steroid pada ubat gemuk atau asma. Pendek kata, kesan yang hodoh ini amat merisaukan sebahagian besar wanita.

Bagaimana ESP dan Vitamin E Shaklee membantu:-

1. Menghilangkan kedut, parut dan kesan rekahan. Jadi kulit tampak lebih cantik, mulus dan berseri.

2. Bertindak sebagai agen anti-penuaan. Pengamalan vitamin E dalam kehidupan seharian menjadikan anda kelihatan awet muda.

3. ESP berupaya menghilangkan parut di kulit, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.

4. Membantu mencegah pertumbuhan sel terutama kanser kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan sel yang abnormal.

5. ESP Bertindak dengan kadar segera dan terus menyerap ke dalam darah. Ia mengandungi 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Merupakan sumber protein lengkap untuk menyokong kesihatan sempurna.

6. Mengecil dan mencerahkan kawasan areola yang biasanya akan menjadi besar dan gelap selepas bersalin. Kesannya, kawasan areola akan kelihatan pinkish seperti anak dara semula.

7. Membantu melancarkan peredaran darah dan secara tidak langsung akan meningkatkan kesihatan jantung anda.

8. Mendapat jolokan “Vitamin Cinta”, pengambilan vitamin E secara konsisten mampu meningkatkan keinginan seksual di kalangan lelaki dan wanita dan membantu menyelesaikan masalah kedinginan antara suami dan isteri.

9. Melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu daripada berlarutan.

Sumber: Blog Mommy Miasara

********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee ********************************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Set Confinement, Bersalin/Berpantang/Pembedahan/Rambut Gugur Shaklee

Pembedahan Caesarean Mengapa Perlu ?


Pembedahan Cesarean untuk melahirkan anak dengan cara pembedahan biasanya dilakukan secara cemas (emergency)atau secara diatur (elective). Di antara sebab-sebab ia dilakukan ialah :

1. Bayi lemas (fetal distress), ditandai denyutan jantung bayi sangat perlahan kerana tidak cukup oksigen dibekalkan dalam rahim sewaktu proses beralin.

2. Perdarahan kerana uri diberada depan bayi dan menyekat pintu rahim(Placenta previa).

3 . Rongga punggung ibu sempit, tidak muat kepala bayi.

4.Kedudukkan bayi songsang atau melintang.

5 . Sakit bersalin terlalu lama, mungkin lebih 24 jam, ibu keletihan.

6 . Bayi terlalu besar.

7.Masalah-masalah seperti mandul; berulang-kali keguguran anak; mengandung anak sulung dan ibu berumur lebih 35 tahun ke atas (elderly primidgravida) dan lain-lain..

Bagaimana Bius ?

Biasanya ada dua pilihan ;

1.Bius umum, tidur langsung. (General anesthetic)

2.Bius saraf belakang ‘Epidural’ , hanya kebas pada perut hingga ke kaki, masih sedar tentang apa yang berlaku.

Jagaan Lepas Bedah

Jagaan selepas pembedahan cesarean adalah seperti juga jagaan waktu pantang selepas bersalin atau jagaan selepas pembedahan daripada penyakit jenis lain dalam perut. Rawatan susulan ke klinik ialah selepas 2 minggu untuk melihat perkembangan luka jahitan.

Apa yang penting sekali ialah dalam dua minggu pertama ketika luka daripada pembedahan dan kelahiran bayi mulai pulih, badan memerlukan banyak sumber protin daripada makanan, oleh itu makanan yang berkhasiat dan seimbang terdiri bahan-bahan karbohidrat, protin, vitamin daripada sayur-sayuran dan buah-buahan adalah penting.

“Oleh itu dalam waktu pantang ini, khususnya selepas pembedahan cesarean, janganlah sekat makanan yang berkhasiat oleh sebab kepercayaan dan amalan budaya kita ataupun oleh sebab desakan dari orang orang tua kita.Walau demikian makanan yang tentu boleh menyebabkan masalah seperti yang boleh menyebabkan alahan (allergy) patut dijauhkan.”

Kurangkan sedikit bahan-bahan yang kaya dengan minyak dan lemak dan bahan manisan yang mengandungi banyak gula seperticoklat dan ais-krim. Pil vitamin dan zat besi yang dimakan ketika mengandung patut diteruskan sehingga habis pantang khususnya bagi mereka yang menyusukan kerana proses penyusuan memerlukan bahan bahan vitamin khususnya kalsium dalam pembentukan susu.

Biasanya luka pada perut akan kering dan rapat setelah dua minggu.Ketika ini pesakit boleh melakukan aktiviti dan kerja rumah.

Amalan menggunakan bengkung dan juga bertungku tidak dicegah.
Mengurut pada badan juga tidak dicegah, tetapi jika boleh jangan sentuh bahagian perut khususnya pada luka pembedahan tersebut.


Makanan makanan tambahan untuk mempercepatkan proses pemulihan di luka, seperti Jeli, pati ikan haruan dan lain lain bahan di pasaran tidak dicegah.

Apa yang dilarang ialah mengaplikasikan terus ubat pati gamat atau pati haruan pada bahagian bahagian luka ketika 3 minggu pertamaselepas dibedah.

Ia akan menyebabkan jangkitan kuman dan kesakitan yang teramat sangat berlaku. Jika ini berlaku anda mesti bersihkan kawasan yang dijankiti kuman dengan savlon yang dicampur air suam, berserta kapas bersih pada kawasan itu. Picit air bisa dan nanah keluar setiap hari dan biarkan luka terdedah kepada udara. Ini akan memeprcepatkan proses pemulihan kulit.

Jarak kehamilan selepas cesarean

Persoalannya: berapa lamakah sepatutnya seseorang wanita yang telah menjalani pembedahan cesarean boleh hamil lagi ?

Pada kebiasaannya kita cadangkan antara satu hingga dua tahun.Apakah kemungkinan jika seseorang wanita mengandng lebih awal dari itu ?misalnya enam bulan selepas pembedahan ataupun sejurus selepas pantang ia terus mengandung.

Sebenarnya luka pembedahan akan pulih dalam masa dua minggu, tetapi ia menjadi kuat dalam masa satu hingga dua bulan.

Apabila sampai ke tiga bulan atau lebih parut akan menjadi lebih kuat dan tidak ada bezanya mungkin kekuatan parut cesarean selepas tiga bulan ataupun selepas setahun.Oleh itu jika seseorang itu dengan tidak sengaja hamil, ini bukan satu sebab ia patut menggugurkan kandungannya.Sebaiknya ia diteruskan, lagi pun tidak kesemua kes pembedahan mesti diulang,ia bergantung pada apa punca pembedahan yang pertama, misalnya kalau rongga tulangnya sempit maka ia perlu diulang.


Bolehkah saya melahirkan secara normal berikutnya?

Sebenarnya selepas pembedahan cesarean pertama kemungkinan untuk secara normal adalah sangat besar, mungkin melebihi 70 peratus

Sebilangan kecil sahaja yang mungkin diulang-bedah oleh sebab rongga punggungnya agak sempit dan tidak membenarkan kepala bayi melepasinya.Tetapi yang lain-lain adalah disebabkan faktor seperti pendarahan, bayi lemas, atau masalah uri yang tidak mungkin berulang lagi.


Bolehkah seseorang wanita yang menjalani dua pembedahan cesarean melahirkan bayi secara normal?

Sebenarnya ini tidak mustahil kerana pada pengalaman saya sendiri ada beberapa pesakit yang telah melahirkan secara normal selepas dua kali dibedah cesarean.Tetapi sebelum ini dibenarkan berlaku, satu penilaian penting harus dilakukan, samaada rongga punggungnya itu sempit atau tidak dengan melakukan ujian x-ray punggung (pelvimetry) pada bulan terakhir kandungan.Ukuran besar bayi juga perlu dilakukan melalui ultra-sound.

Ketika mengandung kali ini, ibu tersebut dinasihatkan supaya jangan memakan bahan karbohidrat atau manisan yang berlebihan untuk mencegah bayi menjadi terlalu besar.Makanan yang berasaskan protin dan sayuran perlu ditekankan, malah saya ada satu pesakit yang telah melahirkan secara normal selepas tiga kali dibedah cesarean.Tetapi ini satu keadaan yang amat luar biasa dan kelihatan mustahil tetapi wujud.

Perlukah selepas tiga kali dibedah ia mesti diikat saluran benihnya (sterilization)?

Sebenarnya pembedahan cesarean ini tidak terhad kepada tiga kali sahaja.Kalau pesakit itu sihat dan tidak mengalami apa apa penyakit yang merbahaya seperti sakit jantung atau buah pinggang, ia boleh menjalani pembedahan banyak kali.Mungkin sampai enam atau lapan kali bergantung kepada kemampuan kesihatannya, mentalnya dan kehendak pesakit itu sendiri.Saya sendiri ada beberapa pesakit yang telah dibedah sebanyak enam kali.
Set Confinement, Bersalin/Berpantang/Pembedahan/Rambut Gugur Shaklee
Set C atau set confinement, kini bukan sahaja set bersalin, malah mempunyai banyak kegunaan:- . Berpantang
. Selepas Pembedahan (apa jua pembedahan)
. Rambut Gugur

Set ini terdiri dari 4 jenis vitamin dan mineral:
– VITA-LEA
– B COMPLEX
– VITA C
– ZINC COMPLEX

Yang boleh membantu anda terutama ibu-ibu baru bersalin, mereka yang menjalani pembedahan serta masalah rambut.

Ibu lepas bersalin bukan saja memerlukan khasiat vitamin dan mineral secukupnya, malah air yang mencukupi untuk menjalankan sistem tubuh yang unggul. Set Confinement Shaklee membantu ibu relaks, membekalkan keperluan vitamin dan mineral asas, mempercepatkan penyembuhan luka dan pastinya tidak memudaratkan bayi yang menyusukan.

Pengamal set Confinement Shaklee ini juga mengambil supplemen di bawah sebagai add-on:

LECITHIN
– ALFALFA
– ENERGIZING SOY PROTEIN
– OMEGA GUARD

Dapatkan hari ini untuk bekalan sepanjang berpantang! Set bersalin Shaklee pastinya teman baru yang digemari ^___^

Untuk para suami, pilihlah set bersalin terbaik untuk isteri anda 

Credit….


********************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Kurangkan komplikasi semasa meneran- Kepentingan kalsium untuk wanita hamil

Credit

Salam Bahagia,

Sebelum ini saya pernah kongsikan tentang Kepentingan Kalsium dalam diet seharian : Osteoporosis penyakit senyap & Serius. Mengapa terjadi dan bagaimana mencegahnya?

Jom hari ini kita baca sedikit satu atikel dalam akhbar Kosmotentang kepentingan Kalsium untuk wanita hamil.

*****
Kurangkan komplikasi semasa meneran

Oleh NIZHA PERIASWAMYnizha.periswamy@kosmo.com.my

APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil?

Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan.

Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad. Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.

IBU hamil perlu sentiasa memastikan kesihatan tulang.Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka.

Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.

Diet sumber asliKata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.PARA ibu yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa disaran mengambil suplemen kalsium sebagai ganti.

Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang.

Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.

Kehilangan kalsiumKehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian.Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.

Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.

Anda bagaimana?

So, saya nak share pasal OsteMatrix SHAKLEE.

– membantu mengurangkan risiko osteoporosis
– membina dan memelihara tulang dan gigi yang kuat
– membantu mengekalkan tekanan darah normal
– membantu dalam pengecutan otot dan kelancaran sistem saraf
– mengurangkan simptom PMS (senggugut)

Kelebihan OsteMatrix SHAKLEE :

– 1000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi (highly concentrated) dan mudah diserap
– 400 mg (100% DV) magnesium bergabung dengan kalsium untuk kekuatan tulang
– 400 IU (100% DV) vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium.Yeah, 3 dalam 1!
Dapatkan Euphoria Preggy set (Set penyusuan Shaklee plus Calcium -Ostematrix-) hanya RM130.

********************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615/0128844580 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

PERSEDIAAN SEBELUM DAN SELEPAS CESAREAN BERSAMA VITAMIN SHAKLEE

credit to Arissa Zoela

Jom kita baca kisah dia……….

Saya salah seorang yang ‘terpilih’ untuk bersalin secara ceasarean 🙂 Emergency lagi..Alhamdulillah…semuanya selamat…Tapi saya ada masalah nak makan jamu sebab bila makan sahaja Arissa terus bloated..Masa tu tak kenal Shaklee lagi..So cuma harapkan pain killer,vitamin c,ikan haruan dan gamat jer…

Itu kes emergency..Bagaimana pula kalau kita memang dah tau yg kita akan dibedah?Baru-baru ni kawan baik saya memberitahu yang dia akan bersalin secara ceasarean kerana uri di bawah..Untuk ibu-ibu yang ceasarean jangan lah terlalu susah hati ya..Dunia perubatan sudah moden..Insyaallah semuanya selamat.

Tapi persedian itu penting…Lainlah kalau kes emergency mcm saya ni.Apa persediaan yang perlu sebelum ceasarean?Untuk cepat sembuh, ibu-ibu bolehlah…

Credit to Ila
Sebelum Pembedahan


Gambar ehsan genkimomma 🙂


Pengambilan SET A bersama ESP

SET A mengandungi:

30 biji Vitalea
– Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

30 biji B Complex
– Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..) Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

Ada komen daripada sorang kawan ni, dia kata:
“Baru sy perasan. Sbb skrg sy ambil b-co tablet & asid folik yg dr hosp ker***** (kebetulan family keje kt hosp, so sy mmg slalu dpt supply b-co & FA). Sy check b-co nyer content cuma ada thiamine (B1), riboflavin (B2) & niacinamide (B3). So total campur dgn folic acid, sy masih kurang B5,B6,B7 & B12 la ek.”

Buat pengetahuan semua, Vitamin B Complex Shaklee terdiri daripada 8B. Apa dia 8B tersebut?

  • B1 = Thiamin,
  • B2 = Riboflavin, ,
  • B3 = Niacin ,
  • B5 = Panthothenic acid ,
  • B6 = Pyridoxine ,
  • B7 = Biotin ,
  • B9 = Folic Acid,
  • B12 = Cyanocobalamin.

45 biji Vita-C
– Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu. Kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

ESP atau Energizing Soy Protein
– Ia adalah protien dan protein sangat penting untuk pembentukan sel. ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol. ESP juga mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah. Secara tidak langsung, di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang…..

Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran?

Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi setanding dengan harga yang kita bayar 🙂

Selepas Pembedahan
Tambahan Zinc dan Vitamin E

Zinc – sangat penting untuk membantu dalam proses pembaikan luka. Jenis makanan yang mengandung zinc antara lain oyster, kerang, bayam, kacang almond, dan biji bunga matahari. Namun jika si ibu tidak dapat menyediakan makanan ini dalam menu masakan harian maka disarankan mengambil multivitamin yang mengandungi RDA zinc atau tambahan tablet zinc dalam diet harian.

Vitamin E – mereka yang melalui pembedahan untuk melahirkan anak, ia sangat-sangat membantu agar luka dalam (bahagian rahim cepat baik dan tidak mudah berasa ngilu). Vitamin E juga membantu mencantikkan tempat jahitan pembedahan serta mencerahkan kawasan aerola ibu yang pernah melahirkan anak. Vitamin E juga membantu mengurangkan pigmentasi semasa mengandung.

Untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan sama ada secara normal atau tidak, saya sentiasa doakan agar kalian dan baby sihat dan selamat hendaknya.

Credit To Haziq Qaisara
********************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunie melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615 128844580 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse