PUTING TENGGELAM

Pada umumnya, setiap ibu mampu menyusukan bayinya. Masalah puting tenggelam bukanlah penghalang anda meneruskan penyusuan cuma ia mungkin lebih mencabar. Perlu diingat bahawa apabila bayi anda menyusu, bayi melekap pada areola bukan puting semata-mata.

Oleh itu, sekiranya bayi berjaya melekap dengan betul  dan mengambil sebahagian besar areola anda, masalah puting tenggelam bukanlah satu masalah lagi.

Dalam pada itu, sewaktu anda anda mengandung, anda boleh memastikan sama ada anda mempunyai puting tenggelam dengan melakukan pinch test.   

Cara melakukan pinch test ini ialah dengan memicit areola. Jika anda dapati puting anda menyongsang, masuk semula ke tisu kulit atau melekuk, ia dianggap puting tenggelam. Terdapat beberapa langkah yang anda boleh lakukan

Dalam pada itu, adalah penting untuk anda ingat bahawa bayi yang melekat dengan betul dapat mengeluarkan puting tenggelam.

Langkah-langkahnya:-

1) Breast shell

Ia juga turut dikenali sebagai cawan susu, cawan payu dara dan pembentuk puting. Alat ini perlu dipakai bersama coli anda seawal trismester ketiga untuk beberapa jam sehari. Sekiranya anda selesa, anda boleh meningkatkan jumlah waktu penggunaannya.
Selepas bayi lahir, pakai alat ini 30 minit sebelum menyusukan bayi. Namun jangan sesekali memakai alat ini dimalam hari.

2) Pam payu dara

Selepas bersalin gunakan pam payu dara untuk “mengeluarkan puting. Lakukannya setiap kali sebelum anda menyusukan bayi.

3) Niplette

Alat ini boleh membantu mengeluarkan puting dengan melakukan hisapan sama seperti pam payu dara. Anda boleh gunakan alat ini sewaktu mengandung.

4) Rangsang puting anda

Jika puting anda tidak timbul selepas melahirkan bayi, anda boleh menariknya menggunakan ibu jari dan jari telunjuk selama seminit. Selepas itu segera lap puting anda menggunak kain sejuk. Tarik puting sewaktu anda mula menyusu.

5) Teknik Hoffman

Letekkan ibu jari anda di atas puting. Tolak perlahan-lahan ke dalam tisu payu dara anda dan pada masa yang sama tarik ibu jari anda. Dengan itu, anda melakukan reganggan ke atas puting dan melonggarkannya. Jadi puting bergerak ke dalam dan ke luar. Lakukan teknik ini sekurang-kurangnya lima kali sehari.

6) Nipple shield

Teknik ini adalah langkah terakhir yang boleh dilakukan jika cara-cara lain tidak menjadi. Nipple shield sebagai pengganti puting anda yang tenggelam itu. Untuk mengelakkan bayi “gian” untuk menyusu menggunakan nipple shield anda perlu mengalihnya sebaik sahaja bayi melekap pada payu dara anda…

********************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

By susuibu Posted in puting