TESTIMONI SUSU KERING DAPAT DIKEMBALIKAN

Assalamualaikum,

Siapa kata susu badan yang sudah kering tidak dapat dikembalikan…

Alhamdulillah seminggu yang lepas saya menerima email daripada seorang ibu yang menyusukan anak 4 bulan dan susu beliau menjadi kering. Dan beliau telah membuat power pumping, minum air secukupnya, ambil suplemen dan kurang stress dan akhirnya semalam beliau menelefon saya dan memberitahu susunya sudah mula keluar….alhamdulillah

Salam pd semua ahli grup mom n shaklee…sy nk share ckit experience sy yg telah KERING susu badan selama 1 minggu…secara x sengaja sy terjumpa kak Hasheenabeevi Mohd Attaullah di grup iklan…mulanya tny psl breastpump..bile dh borak2 sy pun tnylh kak sheena mcm nk dptkn blik susu bdn klu susu bdn dh kering..pastu,kak sheena pun ckp ada supplement yg dpt bantu dan dsamping tumkak sheena suh buat power pumping..dgn izin ALLAH swt dan berkat usaha serta tnjuk ajar dri kak sheena syndpt blik susu bdn sy blik…skrng nie baby sy dh dpt minum susu bdn blik..tq kak sheena sbb dh bg tunjuk ajar pd sy n kenalkan sy pd produk Shaklee ( milk booster yg mantap )…

 
 

Menurut kajian, ramai ibu-ibu di Malaysia yang tidak meneruskan penyusuan susu ibu selepas habis tempoh berpantang. Kebanyakan yang saya temui memberikan alasan susu mereka kering secara tiba-tiba apabila mereka mula bekerja. Terdapat juga alasan-alasan lain yang bagi saya kurang logik yang diberikan kerana kurang ilmu berkaitan dengan penyusuan.


Sebagaimana yang kita ketahui, pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan konsep supply & demand. Pengeluaran susu ibu akan berterusan dan semakin banyak dengan stimulasi yang baik dan stimulasi yang terbaik adalah hisapan dari bayi itu sendiri.

Dengan kata lain, semakin banyak dan kerap ibu-ibu menyusukan bayi mereka, semakin banyak susu akan dihasilkan. Penghasilan akan berkurangan sekiranya ibu tersebut
– mengalami tekanan perasaan
– mengandung (bagi sesetengah wanita)
– datang haid (bagi sesetengah wanita)
– makan pil perancang atau kaedah merancang keluarga lain yang berasaskan hormon


Bagaimana pun, penghasilan masih ada cuma agak terjejas disebabkan oleh faktor-faktor yang telah disebutkan.Mungkin kerana saya tidak pernah mengalami keadaan air susu kering secara tiba-tiba, saya tidak dapat memahami punca sebenar bagaimana ia boleh berlaku. Apa pun, saya menyarankan agar ibu-ibu yang mahu meneruskan penyusuan agar terus memberikan susu ibu kepada bayi mereka.

(1) Tambah kekerapan menyusu dan luangkan lebih banyak masa untuk menyusukan bayi. Sekiranya perlu, ambil cuti beberapa hari untuk bersama dengan bayi.Ketika ini, minta bantuan suami untuk menyiapkan kerja-kerja rumah.
(2) Banyakkan berehat. Sentiasa memikirkan perkara yang menggembirakan dan elakkan dari rasa tertekan.
(3) Setelah selesai menyusukan bayi, pam saki baki susu yang tinggal untuk meningkatkan stimulasi
(4) Ambil makanan atau supplement yang dapat membantu pengeluaran susu. Makan secukupnya dan elakkan dari diet yang melampau.
(5) Elakkan dari memberikan susu formula kepada bayi kerana ini akan menyebabkan bayi kekenyangan dan kurang menyusu. Akhirnya susu akan menjadi semakin berkurangan kerana kurang stimulasi. Sebaik-baiknya elakkan dari menyimpan susu formula di rumah kerana ini akan menyebabkan ibu akan menyediakan satu tanggapan bahawa “kalau susu ibu tak cukup susu formula pun ada”.(Demand kurang – Supply akan berkurangan)

Sentiasa dapatkan sokongan dari suami, keluarga dan rakan-rakan yang sama-sama menyusukan bayi bagi mengelakkan dari rasa putus asa. Dapatkan bantuan nasihat dari pakar laktasi sekiranya perlu.

 

**********************************************************************************
Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

SUSU IBU KERING @ TIADA ???

Susu telah mula terhasil sejak ibu itu mengandung pada minggu ke 22. Proses ini dipanggil Lactogenesis I dan ia didorong oleh tindakan hormon. Lactogenesis I akan berlarutan sehiggalah hari ketiga kelahiran bayi. Apabila uri telah dikeluarkan dari rahim ibu, tahap hormon progesteron dalam badan akan jatuh dan hormon prolaktin akan terus meningkat. Disebabkan oleh keberadaan uri/bayi di dalam rahim, susu yang terhasil itu dikekang daripada keluar lebih awal. Namun, akan ada ibu-ibu yang mengalami susunya keluar lebih awal daripada kelahiran bayi. Ini juga berlaku atas tindakan hormon kerana setiap orang itu berbeza-beza. Pada ketika ini, susu yang keluar berbentuk kolostrum yang pekat, berwarna kuning keemasan. Kuantitinya kecil tetapi cukup dan memadai dengan keperluan bayi yang hanya memerlukan 5-10ml setiap kali penyusuan pada hari pertama sehingga hari ketiga.

Hari keempat, proses Lactogenesis II berlaku di mana susu matang akan keluar. Pada masa ini, ibu-ibu akan merasa payudara membengkak walaupun bayi tidak menghisap pada 3 hari pertama yang lalu. Ini kerana Lactogenesis II juga didorong oleh tindakan hormon. Kemudian diikuti dengan proses Lactogenesis III yang didorong oleh frekuensi/kekerapan payudara dikosongkan. Semakin kerap payudara dikosongkan, kadar penghasilan susu lebih cepat. Jesteru, kuantiti susu juga akan bertambah. Ini membuktikan bahawa setiap ibu yang mengandung akan menghasilkan susu dan susu memang wujud sejak hari pertama kelahiran bayi

Jadi ibu-ibu diluar sana…jangan khuatir ya…yg penting tenangkan fikiran.. jangan stress(ingatan untuk saya juga) kerana susu saya sehingga hari ke-dua tiada langsung…tp dalam usaha nk mengadakan susu…semoga Allah perkenankan doa saya dan doa ibu-ibu diluar sana…supaya sy dapat berikan susu ibu kepada anak saya…InsyaAllah….marilah kita sama2 berfikiran positif… 🙂

Pengambilan suplemen sangat2 penting bagi membantu ibu-ibu dalam pantang agar mendapat khasiat dan zat yg perlu tp selalunya kita mempunyai kekangan untuk mendapatkan khasiat tersebut..sbb berpantang kan byk benda x boleh mkn…

Bagi saya…kali ni saya berpantang dengan suplemen Shaklee je… iaitu

– vitalea

-b comples (anti-stress yg bagus)

– vit c

-zinc

-ostematrix

-energising soy protein (ESP)

suplemen ini sesuai bagi rawatan dalam pantang kerana:-

Vitalea with iron formula
Memandangkan ibu2 kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu2 perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.

B complex
Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.

Vitamin C 500mg sustained release
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.

Zinc
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.

 
Ostematrix

  • atasi masalah sembelit
  • memberi tenaga dan dan mudah bangun dari tidur
  • mengekalkan tekanan darah normal
  • membantu kita segar
  • mengelakkan kemurungan
  • mengatasi masalah “water retention”
  • mengatasi masalah pra-haid
  • mengelakkan kekejangan & sakit tulang belakang
  • membantu pengeluaran susu (milkbooster) dgn syarat perkara asas penyusuan dipatuhi
  • mengatasi masalah pereputan tulang
  • memastikan tulang padat bg mengampu tubuh yg berat(jika ada masalah berat berlebihan)
  • paling penting, ia mudah ditelan. jika anda mengalami masalah untuk minum susu.. dapatkan ostematrix. kerana ia tidak berbau dan tidak mempunyai rasa. 🙂

Energising Soy Protein (ESP)

  • Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar.
  • Membekalkan tenaga
  • Memberikan rasa kenyang
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
  • Membanyakkan susu badan (milkbooster)
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat

**********************************************************************************
Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse