Bagaimana jika sekiranya susu ibu tercemar

Jadi bagaimana Susu Ibu Boleh Tercemar?

Bekas dan peralatan yang digunakan berada dalam keadaan kotor.
Bekas dan peralatan yang digunakan terdedah dan terbiar terlalu lama.
Pengambilan ubat-ubatan (Kimoterapi, Heroin)

Jadi, secara rumusannya, bagaimana susu ibu boleh tercemar adalah berpunca dari cara kita mengendalikan susu ibu, baik dari mula menyediakan peralatan perahan susu sehingga ke simpanan susu.

Dynas pesan:
Pastikan kita sentiasa membersihkan tangan sebelum kita melakukan persediaan untuk sesi perahan. Berhati-hati menguruskan susu perahan, jangan sampai tercelup jari dalam susu, dikhuatiri ada bakteria. Namun, jika tercelup jangan dibuat kerana ada anti-bakteria dalam susu, masih selamat untuk digunakan. Jangan membazir…

Bagi Item No 3 – Ibu-ibu yang kurang sihat janganlah khuatir, ada ubat yang tidak memudaratkan. Berbincanglah dengan doktor anda dan pastikan anda beritahu doktor anda yang anda sedang menyusukan anak. Setiap cairan yang keluar dari tubuh akan ditapis oleh badan terlebih dahulu, jadi jumlah yang diexcrete ke susu ibu adalah dalam jumlah yang sangat kecil dan tidak memudaratkan.

Apa pula yang dikatakan “Susu Basi”?

“Susu Basi” hanyalah satu mitos. Susu ibu ini adalah sesuatu yang hidup, diperkaya dengan pro-biotic dan lactobasilus ada anti-viral, anti-bakteria dan anti-fungus. Di sebabkan itu jika di letakkan pada suhu bilik ia mampu bertahan sehingga 4-8 jam. – Dr Nur Ashikin

Susu ibu tidak akan bertukar menjadi keju walau berapa lama ia tersimpan dalam payudara. Apabila berlaku duktus tersumbat, susu yang dikeluarkan selepas itu selalunya lebih pekat namun ia tidak basi. – Tambah Pn Kamariah.

Macam editor majalah pula…namun penerangan tentang cara pengendalian susu ibu yang diperah tidaklah dibincangkan, cuma ada slot ringkas dari MLO tentang produk storage bag and bottle diselitkan sedikit bagaimana cara simpan susu dalam storage bag dan bagaimana kedudukan ice pack yang betul.

Bagi ibu-ibu yang bekerja jangan risau anda masih boleh tonton slot ini di TV3.com.my.

Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH

EBM = Expressed Breast Milk
Fresh EBM = Susu yg baru diperah
Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi hokey
Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku

BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI

bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
Bekas dadih – Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.

Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan lebel.
Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
Kuantiti susu yang diperah
Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK?
Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC – 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
Jika bilik ber-AC (15 oC – 25 oC), boleh sampai 6-8 jam

catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.

– picture from mama Muzfirah @ http://mom2muzz.blogspot.com/2009/12/storing-breast-milkthawing-frozen.html

FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu) – bahagian beku – 2 minggu

Peti Sejuk (2 pintu)
– bahagian beku (-18 hingga -20 °C) – 3 bulan
– pintu bawah (0- 4 °C)
(sebelum dibekukan) – 3-7 hari
(selepas dibekukan) – 24 jam
Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.

BEKAS PENYEJUK?

cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

PERINGATAN:
susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat
Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

Di Rumah

Simpan sebanyak yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku.
Susu yang disimpan dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.

JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.

Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.

Credit daripada iffah

********************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse