Bengkak Susu (Mastitis)

Bengkak Susu adalah jangkitan tisu payudara yang menyebabkan kesakitan, bengkak dan kemerahan pada payudara atau secara perubatannya lebih dikenali sebagai Mastitis. Mastitis kerap terjadi pada wanita yang sedang menyusukan bayi, tetapi jarang-jarang ia berlaku juga kepada wanita yang tidak menyusu.

 Mastitis biasanya berlaku dalam beberapa minggu pertama selepas penyusuan ibu bermula dan kerap terjadi pada salah satu payudara sahaja. Walau bagaimanapun ia boleh juga berlaku pada kedua-dua belah payudara.

Sesetengah ibu menjadi keliru dan ada yang memberhentikan terus penyusuan disebabkan kesakitan yang ketara atau kerisauan akan memberi kesan negetif kepada bayi. Walau bagaimanapun penyusuan sebenarnya tidak memberikan sebarang kesan sampingan kepada bayi.

 Gejala- Gejala Mastitis Tanda dan gejala boleh muncul secara tiba-tiba atau beransur-ansur seperti:-

  Rasa tidak selesa atau hangat semasa payudara disentuh
 Rasa tidak sihat dan tubuh rasa lemah
Payudara menjadi bengkak Kesakitan memanjang dan rasa panas yang berterusan
Kulit payudara menjadi merah Demam 38 C atau lebih Sebab

Mastitis

 Mastitis berlaku apabila bakteria memasuki payudara anda. Keadaan ini terjadi apabila berlaku luka pada kulit puting anda atau melalui bukaan duktus susu di puting anda. Bakteria daripada permukaan kulit anda atau dari mulut bayi anda akan masuk melalui duktus susu dan boleh membiak menyebabkan kemerahan, kesakitan, pembengkakan payudara.

 Siapa yang berisiko Berikut adalah keadaan yang boleh membuatkan anda berisiko untuk mengalami mastitis:-
 Puting sakit atau luka
 Sejarah mastitis pada kandungan dulu.Ia kerap terjadi pada kandungan seterusnya
Amalan menyusukan payudara dengan satu teknik sahaja menyebabkan air susu bertakung dan mengalakan pembiakan bakteria.
 Memakai coli ketat, yang boleh menyekat aliran susu.

Bila anda perlu jumpa doktor
 Dalam kebanyakan kes, anda akan berasa tidak sihat seperti gejala selsema selama beberapa jam sebelum anda menyedari kemerahan pada kulit payudara anda. Bila sakit sudah terasa eloklah berjumpa doktor dengan segera.

 Doktor akan memeriksa payudara anda untuk mengesahkan diagnosis dan selalunya antibiotik akan diberikan. Rawatan antibiotik selalunya berkesan sekiranya masalah anda masih di peringkat awal. Sekiranya sakit tidak surut selepas dua hari dengan rawatan antibiotik, eloklah anda kembali kepada doktor anda untuk memastikan tiada pembentukkan nanah dalam payudara anda.

Rawatan
Mastitis di rumah Jika anda mengalami mastitis, ia masih selamat untuk anda terus menyusukan bayi. Menyusukan bayi membantu payudara sembuh dari jangkitan dengan lebih cepat. Untuk melegakan ketidakselesaan, tindakan berikut boleh diambil:-

 Kekalkan rutin penyusuan bayi anda macam biasa
Elak dari payudara anda menjadi bengkak sementara menunggu penyusuan seterusnya
Gunakan kedudukan penyusuan yang pelbagai, jangan bergantung kepada satu posisi sahaja
 Minum air secukupnya.
Minima lapan gelas sehari.
Letakan tuala suam pada payudara atau siramkan payudara anda dengan air suam untuk mengurangkan bengkak.
Pam susu anda atau perah dengan tangan sekiranya aliran susu menjadi perlahan atau sekiranya anda berasa susu masih banyak tertinggal.
Pakai coli sokongan yang boleh menampung payudara anda dengan baik
 Ambil panadol atau ponstan untuk mengurangkan kesakitan

Pencegahan

 Kurangkan risiko anda untuk dijangkiti mastitis dengan memastikan aliran air susu tidak terganggu semasa menyusukan bayi. Biarkan bayi anda untuk mengosongkan satu payudara sebelum bertukar ke payudara sebelah lagi.

Sekiranya bayi anda cuma mengisap sedikit sahaja, pastikan bayi diberikan payudara sebelah tersebut untuk susuan yang seterusnya. Amalkan menukar posisi penyusuan untuk mengalakan aliran air susu dan mengelakan takungan. Pastikan lekapan mulut bayi yang sempurna pada payudara untuk mengurangkan luka pada puting. Jangan biarkan puting anda menjadi ‘pacifier’ untuk mengelakan luka pada puting. Bayi gemar menjadikan puting anda sebagai alat untuk keselesaan walaupun tidak lapar.

credit

,.Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee    Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

*********************************************************************************


SEBELUM ANDA MEMBUAT BAYARAN SILA HUBUNGI SAYA DI 0198668615 UNTUK MENGETAHUI TENTANG STOK
SILA BUAT BAYARAN KE AKAUN BANK ADMIN SEPERTI BERIKUT:
Maybank – 164593033829 atas nama hasheena

NAME
Email
NO.TELEFON
NAMA BANK ANDA MAYBANK CIMB BANK
Bukti Pembayaran (Masa/Tarikh/Jumlah/Ref):

Put a website form like this on your site.

Saya nak ALFALFA sahaja…….


Walaupun dah ramai yang tahu kenapa kombinasi vitamin diperlukan untuk menjayakan penyusuan berkualiti namun ada juga yang bertanya,”…boleh ke saya ambil alfalfa sahaja untuk banyakkn susu?” “………saya tak boleh telan banyak2 vitamin,jadi saya nak alfalfa sahaja….” J
Jom baca artikel yang saya kongsi dari N:

****************************************************************************
Ada ramai ibu yang menyusukan anak mereka hari ini setelah kita didedahkan dengan kebaikan susuibu. Sudah pasti apa yang ditekankan tentang kebaikan susuibu adalah khasiatnya yang tinggi antioksidan, bagus untuk mencegah sakit dan ianya membantu mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak.

Ramai ibu yang telah sedar kepentingan “life balance”… terutama mereka yang bekerjaya dan mereka yang tidak dapat memenuhi keperluan lengkap semua zat dan vitamin dalam makanan seharian. Sudah pasti mereka juga sedar tentang kepentingan vitamin kepada tubuh badan si ibu kerana ia membantu tubuh si ibu sihat dan dapat menghasilkan susuibu dengan lebih baik ditambah jika sesi perahan atau hisapan bayi yang konsisten.
Namun terdapat segelintir ibu yang hanya mahu mencuba ALFALFA Shaklee kerana menganggap mereka hanya memerlukan ALFALFA sahaja dalam menjayakan penyusuan. Persoalannya , bolehkah? dan

Adakah ia mempunyai kesan yang berbeza dibanding jika si ibu mengambil vitamin yang disyorkan iaitu Multivitamin@Vitalea, B complex dan Vitamin C?

Persoalan pertama , bolehkah jika si ibu hanya bergantung dengan ALFALFA sahaja?

Melalui pengalaman diri ibu sendiri menyusukan anak, jika hanya bergantung dengan alfalfa sahaja masih boleh menghasilkan susu dengan banyak kerana sifat ALFALFA itu sendiri iaitu sebagai agen yang membantu badan stimulate milk dengan lebih cepat. Sebab itu mereka yang mengambil 2 biji alfala pasti akan merasakan perbezaan ketara apabila pengambilan ditingkatkan kepada 6 biji sehari iaitu 2 selepas makan pagi , 2 selepas makan tengahari dan 2 selepas makan malam. Si ibu akan merasakan susunya cepat bengkak terutama apabila pengambilan air yang banyak serta sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekali. NAMUN malangnya pada satu tahap si ibu itu akan merasa sangat letih dan mulalah datangnya sifat moody, mudah mengantuk bila pulang kerja(tidak mampu bertahan buat kerja rumah), kedinginan terhadap seks dek kerana mengantuk dan keletihan yang melampau. Ini kerana si ibu hanya tertumpu kepada pemakanan yang membanyakkan susu. Maka badan akan memaksa menghasilkan susu sebanyak mungkin tidak kira apa jua keadaan si ibu. Risikonya pula jika si ibu tidak membuat perahan sehingga mengosongkan payudara, susu tersumbat atau nama lain clog duct mudah berlaku.

Berbeza pula jika si ibu itu mengambil vitamin secara lengkap…iaitu memenuhi keperluan tubuh badan ibu seterusnya badan sihat dan dapat menghasilkan susu dengan lebih baik. Pada dasarnya vitamin ini ibarat minyak pelincir kepada kereta. Jika sesebuah kereta itu dijaga penyelenggaraannya (maintainance), minyak hitam berganti, minyak sentiasa banyak…maka sudah pasti kereta itu dapat dipandu dengan lancar, tanpa ada hembusan asap hitam dan tiada tersengguk-sengguk macam orang yang sakit. Sama dengan keadaan si ibu yang menjaga pemakanannya maka jika badannya sihat, moodnya ceria, sentiasa bertenaga , bersemangat dan membuat sesi perahan yang konsisten…sudah pasti dengan izin ALLAH susu akan terhasil dengan baik mengikut keperluan bayi tadi.

Apa fungsinya setiap vitamin dalam set B sebenarnya ?

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan kesemua vitamin beserta zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak…contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg…Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)…so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari …dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh…satu lg kesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan…secara automatik kesan baik pd bayi..susah nak kena kembung.

Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink. Walaupun alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang kaya dengan micro nutrient namun ia tidak mempunyai sukatan khas yang memenuhi keperluan badan kita.

Maka si ibu punya pilihan iaitu
1. Hanya memastikan susu terhasil dengan banyak tanpa mengira kepentingan kesihatan di si ibu itu sendiri

Si ibu hanya concern on quantity….

ATAU
2. Mengambil vitamin yang seimbang dengan keperluan ibu supaya ceria dan bertenaga disamping menghasilkan susu dengan lebih baik dan mengkayakan nutrisi dalam susuibu. Si ibu concern on quality and later thought about quantity.
Jika masih ada yang bertanya, do i need supplement? Jawapannya terletak pada diri kita kerana hanya kita sahaja yang tahu our own life style.

Mungkin ada orang kata dia tak perlu sebab belakang rumahnya adalah kebun sayur-sayuran, ada kebun buah-buahan yang bersih dari semburan racun, ada reban ternak ayam dan itik maka tak makan ayam injectdan dapat makan telur ayam kampung bila-bila masa…so tak perlu supplement memang betul 🙂

credit..

 

********************************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunie melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk daftar segera .
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Lebih nutrisi utk Breasfeding Mom

Ramai yang fikir wanita mengandung memerlukan lebih nutrisi & tenaga daripada wanita biasa dan wanita yang menyusu anak. Sebenarnya anda silap!! Wanita menyusu memerlukan lebih nutrisi & tenaga berbanding wanita biasa dan yang mengandung..

Sebab itu, kita lihat ramai yang beria-ia menjaga kesihatan, mengambil pemakanan sihat dan mengambil suplemen semasa mengandung, tapi mengabaikannya semasa menyusukan anak!!!

Jom kita semak adakah nutrisi harian kita sihat dan mencukupi..
Amalkan pengambilan makanan yang sihat dan mencukupi buah dan sayur serta snek yang berkhasiat…
Anda boleh mengambil suplemen atau vitamin jika anda khuatir gagal memenuhi nutrisi yang diperlukan


PM saya untuk dapatkan harga diskaun dan konsultansi percuma.
012-8844580 / hasheena73@gmail.com

(Add FB saya Hasheenabeevi)
 
credit…
 
 

********************************************************************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunie melalui pos laju. Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk daftar segera .
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Cara-Cara Mengatasi Susu Bengkak

Bengkak Payudara @ Bengkak Susu
Dalam masa 2 ke 3 hari selepas bersalin, anda mungkin mendapati payudara anda bengkak berdenyut-denyut, berketul-ketul dan penuh dengan rasa tidak selesa. Kadang-kadang bengkak itu akan merebak sehingga ke ketiak. Anda juga mungkin mengalami sedikit demam. Namun jangan bimbang, ianya hanya sementara.
Apa penyebabnya?
Selepas 72 jam bersalin, susu akan terhasil melimpah-limpah untuk bayi anda. Apabila ini tejadi, lebih banyak darah akan mengalir ke payudara anda dan sedikit ke kawasan bengkak. Hasilnya, payudara menjadi penuh dan membengkak. Tetapi tidak semua ibu-ibu mengalaminya. Setengahnya mungkin hanya mengalami sedikit pembesaran, setengah lain pula mungkin mendapati payudara membesar dengan banyak dan mengeras. Mungkin ada ibu-ibu tidak menyedari kesakitan ini kerana baru bersalin dan masih kepenatan.
Bagaimana untuk merawatnya?
Pembengkakan ini sebenarnya adalah petanda positif untuk anda. Badan anda sedang menghasilkan susu untuk bayi
1.Pakailah bra untuk susuan yang dapat menyokong payudara anda, termasuk waktu malam. Pastikan ianya tidak terlalu ketat
2.Susukan bayi anda kerap, setiap 2 ke 3 jam walaupun ini bermakna anda perlu mengejutkan bayi anda. Ini adalah penting kerana jika bengkak tidak berkurang ia boleh menyebabkan pengurangan kepada pengeluaran susu. Cuba berikan sebelah payudara sehingga payudara anda menjadi lembut. Jika bayi anda kenyang dengan sebelah payudara sahaja, berikan sebelah payudara lagi untuk yang seterusnya.
3.Elakkan bayi anda menghisap ketika areola (bahagian gelap putting anda) dalam keadaan keras. Untuk mengurangkan puting rosak atau luka dan membantu bayi anda menghisap susu (puting yang keras menyukarkan bayi menyusu), perah susu secara manual sehingga areola lembut.
4.Elakan memerah susu kecuali untuk melembutkan areola atau apabila bayi anda tidak dapat meyusus. Habit atau kerap memerah akan menyebabkan perngeluran susu yang berlebihan dan memanjangkan pembengkakan
5.Ketika menyusu bayi, urut dengan lembut payudara yang sedang dihisapnya. Ini mengalakkan susu mengalir dan mnegurangkan ketegangan dan ketidakselesaan
6.Untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak, letakkan pek sejuk ke atas payudara sekejab selepas menyusu.
7.Jika anda mengalami kesakitan yang teruk dapatkan ubat dari doctor.
8.Jangan letakkan benda panas seperti pad pemanas atau botol air panas ke payuadara anda yang bengkak kecuali untuk melembutkan areola dan membantu susu keluar. Ini hanya akan memburukkan keadaan.
Berapa lama akan berpanjangan?
Berita baik untuk anda. Ianya akan berlalu dengan segera. Ianya akan hilang dalam masa 24 ke 48 jam iaitu dengan cara menyusu bayi anda. Jika anda tidak menyusukan bayi anda, kemungkinan ianya akan bertambah buruk sebelum pulih. Selepas ianya berlalu, payudara anda akan lebih lembut tetapi penuh dengan susu.
Bolehkah saya terus menyusu?
Anda boleh dan patut teruskan menyusu. Pembengkakan yang tidak berkurang akan menyebabkan penurunan kekal pengeluaran susu. Jadi amat penting menyusu dengan tetap. Sebaiknya terus memberi susu selepas bersalin dan menyusu dengan kerap bermula dari saat itu. Lihat tanda bayi anda lapar seperti menghisap jari atau menangis.
Adakah ini akan memberi kesan kepada bayi saya?
Tidak. Sebaliknya anda mungkin akan lebih menyusu bayi anda sebanyak dan sekerap yang anda boleh.
Sekiranya susu masih bengkak maka antara yang kita boleh lakukan ialah:
  • Tuam dengan tuala yang dibasahkan dengan air suam.
  • Mandi air panas dan kenakan di bahagian payudara yang bengkak.
  • Urut dengan lembut payudara dan tumpukan urutan dibahagian yang ada ketulan urut kebawah dari pangkal payudara ke arola/puting.
  • Boleh guna beberapa helai daun kobis,tekapkan dipayudara dimana kesejukan juga boleh membantu meringgankan kesakitan.

    ********************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
    Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse